Sunday, September 12, 2010

ngorat

semasa aku berusia kurang dari 13 tahun, aku suka mempunyai persepsi sendiri dalam hidup aku. bajet betul aku guna ayat persepsi. ;P
perkaitan sistem pencernaan dalam badan, dan juga anggapan bahawa aku adalah budak paling gelap antara rakan2. (faktor kulit tu tiada kene mengena dalam topik ni)

apa yang aku nak imbas balek adalah ...

perkataan MENGURAT.

ok la. sekarang aku paham makna bende tuh.

semasa di Muo kampung abah, aku melalui suatu jalan yang mengigatkan aku tentang bagaimana aku view perkataan itu untuk pertama kali dalam kehidupan aku yang tika itu belum punya banyak garam dalam masakan (ayat simpang siur, marah supervisor PSM aku), yela. dulu time kecik2 aku suka bende manis.

waktu itu, aku berumur 5 tahun. perkara yang aku paling ingat, hanyalah polis sentri dan bagaimana nak suruh budak laki jangan tendang aku balik lepas kena tendang dengan aku.

daya pemerhatian aku sangat tinggi.

di dalam perjalanan menyelinap ke kanan jalan menuju ke bandar, selepas menyelusuri rumah lama Pak Ngah, kelibat sebuah motosikal yang berkuasa tinggi berdesup lalu di hadapan kereta kami. Dengan slumber dawg millionair nye, mamat tu berhenti berdekatan dua orang gadis dengan style nye. akibat dari terjahan asap motor yang kelabu2 asap (sebab takde asap moto warna hijau time tu), gadis2 itu berlari2 anak meninggalkan mamat yang menunggang motor style tersebut. Waktu itu, Ucu Lina terus berkata..

"Nak mengurat la tu..... (pastu wat muke slumber)"

Time tu, aku sebagai anak kecil yang tidak mengerti apa-apa mengenai kehidupan, terus mengetahui makna mengurat dengan perlakuan berhenti ke arah gadis dengan motosikal berkuasa tinggi. Maknanya, kecik2 lagi aku da define benda tuh secara materialistik.
Sejak dari itu, walau se style mane pon gaya seorang jejaka yang mahu mengurat awek, akan tetapi hanya menggunakan basikal, aku tak define perlakuan itu sebagai mengurat.

Sebab kenapa?... sebab aku malas bertanya. Suke assume sendiri. muahaha.
Stakat neh, tu jela repot aku untuk raya ketiga tahun 2010 selain aku tido pagi ke petang sebab drive pulang lewat malam. (walhal Pak Long ko sendiri lagi kewl ulang alik Batu Pahat balik lewat malam dah lebih 2 ari)

Sekian....






Ps : Projek Sarjana Muda Bab 3 dan sewaktu dengannya.. owh.. raya ku.. sobsob ;{

1 comment:

  1. pergh!!!.baru ak pasan hang dok hupdate blog..cite manyak2 ag pasneh ye..ngehehehe..
    definisi ngorat bagi ak adelah bile muncong manje2 s'depa d beri..(kisz2 manje)..ehehehhe..

    ReplyDelete